Sunday 10 June 2012


DASAR DALAM NEGARA :Dasar Ekonomi

                   DASAR
                                            TUJUAN/OBJEKTIF
DASAR EKONOMI BARU
(1970-1990)
-bermatlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud
-membasmi kemiskinan tanpa kira kaum
-menambah penglibatan rakyat tempatan dalam badan korporat
-Untuk pupuk perpaduan rakyat

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(1991-2000)
-swasta digalakkan capai objektif sosioekonomi Negara
-sektor awam sediakan infrastruktur yang cukup
-perkhidmatan awam ditingkatkan
-pelbagaikan kegiatan ekonomi
-jadikan sains & teknologi teras pembangunan sosioekonomi
-galakkan perlindungan alam sekitar

DASAR WAWASAN NEGARA
(2001-2010)
-untuk tingkatkan pengeluaran
-untuk tingkatkan pengetahuan
-dapat hasilkan barangan & perkhidmatan  yang boleh bersaing
-kekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi

DASAR PERTANIAN NEGARA
-Pertanian pertama(1984-1991)
-maksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan    sumber-sumber  negara secara cekap
-menjadi asas kepada pembangunan pertanian

-Pertanian kedua(1992-2010)
-membentuk sector pertanian yang lebih dinamik & cergas
-pemodenan & komersialisasi sektor pertanian

-Pertanian ketiga(1998-2010)
-bertujuan tingkatkan pengeluaran makanan
-bertujuan tingkatkan kualiti makanan
-supaya sector pertanian bole bersaing
-dapat tingkatkan sekurit makanan
-dapat hasilkan sumber yang baru
-untuk untuk memulihara & menggunakan sumber asli
-dapat hubungkan sektor pertanian & perindustrian

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
-dapat wujudkan peluang pekerjaan
-dapat lahirkan tenaga mahir dalam industry
-dapat elak guna barangan import & teknologi luar
-jadikan Malaysia maju dalam industri
-supaya sektor pembuatan berkembang
-kembangkan budaya niaga yang berdaya saing

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN(PIP)
-[PIP 1 (1986-1995)]

-menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan,dengan menggariskan perubahan sruktur ekonomi daripada aktiviti berasaskan pertanian & barangan asas kepada ekonomi yang memfokuskan aktiviti perkilangan

-[PIP 2 (1996-2005)]
-fokus pada pembangunan dengan berasaskan kluster  bagi menganjakkan sektor perkilangan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih tinggi

[PIP 3 (2006-2020)]
-mantapkan daya saing global negara melalui peningkatan inovasi & transformasi sektor perkilangan & perkhidmatan
-untuk tingkatkan pembangunan insan
-dapat perbanyakan industri berat
-untuk tingkatkan pendapatan negara

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT
-untuk majukan industri
-untuk kembangkan industri hiliran
-untuk berkongsi teknologi dengan negara luar
-untuk mengimport teknologi luar
-untuk meminjam pakar2 dari luar negara
-caranya adalah memberi kemudahan kredit(pinjaman) & subsidi untuk projek
-caranya wujudkan industry IKS,contohnya KEDAH CEMENT & PETRO PIPE INDUSTRIES

DASAR PENSWASTAAN
-untuk tingkatkan kecekapan
-untuk tingkatkan  pengeluaran
-untuk cepatkan pertumbuhan ekonomi
-untuk kurangkan beban perbelanjaan awam(kerajaan)
-untuk tingkatkan bilangan bumiputera dalam perdagangan
-persaingan digalakkan
-supaya swasta dan kerajaan bersaing
-contohnya TNB,TELEKOM MALAYSIA

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
-untuk kurangkan masalah kerenah birokrasi
-untuk bantu sektor swasta
-untuk tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara
-untuk pupuk kesefahaman swasta dan awam
-untuk lahirkan etika kerja pekerja yang positif

DASAR SOGOSHOSHA
-syarikat Malaysia buka rangkaian di luar negara,dengan cara buka rangkaian perniagaan antarabangsa.
-untuk majukan syarikat  besar
-untuk tingkatkan eksport
-untuk majukan produk eksport
-untuk tingkatkan hasil eksport
-untuk kembangkan perniagaan berskala besar
-syarikat milik rakyat tempatan dan bukan usahasama dengan pelabur luar

DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN
-tidak membazir
-guna sumber sepenuhnya/secara optimum
-untuk tingkatkan pengeluaran
-untuk cepatkan pertumbuhan ekonomi
-tingkatkan kecekapan perniagaan
-teknologi diterapkan
-untuk lahirkan sumber manusia yang cekap

DASAR PENGURANGAN BEBAN PERBELANJAAN AWAM
-untuk kurangkan hutang kerajaan
-untuk mengatasi defisit dalam belanjawan negara
-untuk stabilkan kewangan negara
-dapat kawal pertambahan hutang awam/kerajaan

DASAR BELILAH BARANG BUATAN MALAYSIA
-dapat kurangkan pengimportan barangan
-untuk hapuskan prasangka bahawa barang Malaysia kurang bermutu
-untuk beri sokongan kepada industri pembuatan Malaysia

DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA
-untuk lahirkan masyarakat yang bermaklumat
-Membantu negara merealisasikan matlamat wawasan 2020
-pastikan bahawa prasarana telekomunikasi disediakan untuk penduduk
-untuk jalinkan hubungan yang lebih baik antara negara

DASAR SAINS & TEKNOLOGI
-sains & teknologi digunakan untuk majukan ekonomi dengan bangunkan negara
-untuk sejahterakan rakyat
-untuk kedaulatan negara
-untuk lahirkan masyarakat yang boleh merekacipta

DASAR URBANISASI NEGARA/PERBANDARAN
-untuk bentuk pola penduduk yang sistematik & terancang
-untuk seimbangkan ekonomi Bandar & luar Bandar

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MALAYSIA (MSC)

-untuk bangunkan industri teknologi tempatan
-tawarkan persekitaran berpusat yang baik
-sediakan kawasan untuk membuat ujian,mereka bentuk & menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia


No comments:

Post a Comment