Sunday 10 June 2012


DASAR DALAM NEGARA :Dasar Ekonomi

                   DASAR
                                            TUJUAN/OBJEKTIF
DASAR EKONOMI BARU
(1970-1990)
-bermatlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud
-membasmi kemiskinan tanpa kira kaum
-menambah penglibatan rakyat tempatan dalam badan korporat
-Untuk pupuk perpaduan rakyat

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(1991-2000)
-swasta digalakkan capai objektif sosioekonomi Negara
-sektor awam sediakan infrastruktur yang cukup
-perkhidmatan awam ditingkatkan
-pelbagaikan kegiatan ekonomi
-jadikan sains & teknologi teras pembangunan sosioekonomi
-galakkan perlindungan alam sekitar

DASAR WAWASAN NEGARA
(2001-2010)
-untuk tingkatkan pengeluaran
-untuk tingkatkan pengetahuan
-dapat hasilkan barangan & perkhidmatan  yang boleh bersaing
-kekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi

DASAR PERTANIAN NEGARA
-Pertanian pertama(1984-1991)
-maksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan    sumber-sumber  negara secara cekap
-menjadi asas kepada pembangunan pertanian

-Pertanian kedua(1992-2010)
-membentuk sector pertanian yang lebih dinamik & cergas
-pemodenan & komersialisasi sektor pertanian

-Pertanian ketiga(1998-2010)
-bertujuan tingkatkan pengeluaran makanan
-bertujuan tingkatkan kualiti makanan
-supaya sector pertanian bole bersaing
-dapat tingkatkan sekurit makanan
-dapat hasilkan sumber yang baru
-untuk untuk memulihara & menggunakan sumber asli
-dapat hubungkan sektor pertanian & perindustrian

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
-dapat wujudkan peluang pekerjaan
-dapat lahirkan tenaga mahir dalam industry
-dapat elak guna barangan import & teknologi luar
-jadikan Malaysia maju dalam industri
-supaya sektor pembuatan berkembang
-kembangkan budaya niaga yang berdaya saing

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN(PIP)
-[PIP 1 (1986-1995)]

-menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan,dengan menggariskan perubahan sruktur ekonomi daripada aktiviti berasaskan pertanian & barangan asas kepada ekonomi yang memfokuskan aktiviti perkilangan

-[PIP 2 (1996-2005)]
-fokus pada pembangunan dengan berasaskan kluster  bagi menganjakkan sektor perkilangan kepada aktiviti-aktiviti yang lebih tinggi

[PIP 3 (2006-2020)]
-mantapkan daya saing global negara melalui peningkatan inovasi & transformasi sektor perkilangan & perkhidmatan
-untuk tingkatkan pembangunan insan
-dapat perbanyakan industri berat
-untuk tingkatkan pendapatan negara

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT
-untuk majukan industri
-untuk kembangkan industri hiliran
-untuk berkongsi teknologi dengan negara luar
-untuk mengimport teknologi luar
-untuk meminjam pakar2 dari luar negara
-caranya adalah memberi kemudahan kredit(pinjaman) & subsidi untuk projek
-caranya wujudkan industry IKS,contohnya KEDAH CEMENT & PETRO PIPE INDUSTRIES

DASAR PENSWASTAAN
-untuk tingkatkan kecekapan
-untuk tingkatkan  pengeluaran
-untuk cepatkan pertumbuhan ekonomi
-untuk kurangkan beban perbelanjaan awam(kerajaan)
-untuk tingkatkan bilangan bumiputera dalam perdagangan
-persaingan digalakkan
-supaya swasta dan kerajaan bersaing
-contohnya TNB,TELEKOM MALAYSIA

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
-untuk kurangkan masalah kerenah birokrasi
-untuk bantu sektor swasta
-untuk tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara
-untuk pupuk kesefahaman swasta dan awam
-untuk lahirkan etika kerja pekerja yang positif

DASAR SOGOSHOSHA
-syarikat Malaysia buka rangkaian di luar negara,dengan cara buka rangkaian perniagaan antarabangsa.
-untuk majukan syarikat  besar
-untuk tingkatkan eksport
-untuk majukan produk eksport
-untuk tingkatkan hasil eksport
-untuk kembangkan perniagaan berskala besar
-syarikat milik rakyat tempatan dan bukan usahasama dengan pelabur luar

DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN
-tidak membazir
-guna sumber sepenuhnya/secara optimum
-untuk tingkatkan pengeluaran
-untuk cepatkan pertumbuhan ekonomi
-tingkatkan kecekapan perniagaan
-teknologi diterapkan
-untuk lahirkan sumber manusia yang cekap

DASAR PENGURANGAN BEBAN PERBELANJAAN AWAM
-untuk kurangkan hutang kerajaan
-untuk mengatasi defisit dalam belanjawan negara
-untuk stabilkan kewangan negara
-dapat kawal pertambahan hutang awam/kerajaan

DASAR BELILAH BARANG BUATAN MALAYSIA
-dapat kurangkan pengimportan barangan
-untuk hapuskan prasangka bahawa barang Malaysia kurang bermutu
-untuk beri sokongan kepada industri pembuatan Malaysia

DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA
-untuk lahirkan masyarakat yang bermaklumat
-Membantu negara merealisasikan matlamat wawasan 2020
-pastikan bahawa prasarana telekomunikasi disediakan untuk penduduk
-untuk jalinkan hubungan yang lebih baik antara negara

DASAR SAINS & TEKNOLOGI
-sains & teknologi digunakan untuk majukan ekonomi dengan bangunkan negara
-untuk sejahterakan rakyat
-untuk kedaulatan negara
-untuk lahirkan masyarakat yang boleh merekacipta

DASAR URBANISASI NEGARA/PERBANDARAN
-untuk bentuk pola penduduk yang sistematik & terancang
-untuk seimbangkan ekonomi Bandar & luar Bandar

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA MALAYSIA (MSC)

-untuk bangunkan industri teknologi tempatan
-tawarkan persekitaran berpusat yang baik
-sediakan kawasan untuk membuat ujian,mereka bentuk & menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia


Friday 20 April 2012

TeNaGa BiOmAsS


Sumber tenaga biomas ini diperolehi dengan terus daripada hasil pembakaran bahan bakar berkenaan yang boleh menghasilkan tenaga elektrik secara terus.  Hasil daripada pembakaran ini akan mengeluarkan gas metana yang akan diproses untuk menghasilkan tenaga elektrik.  Bagi kebanyakan negara-negara sedang membangun tenaga alternatif ini banyak digunapakai bagi proses pemanasan air dan udara.
Contohnya Negara India dan Brazil merupakan dua buah negara sedang membangun yang banyak menggunakan tenaga biomass.  Negara India banyak menghasilkan sisa buangan tumbuhan iaitu kira-kira sebanyak 1,000 juta tone bahan buangan tumbuhan dan kira-kira sebanyak 300 sehingga 400 juta tone bahan kubahan haiwan yang boleh diperolehi setiap tahun.  Jika keseluruhan bahan ini digunapakai India berupaya memproses hampir 50% keperluan tenaga elektrik bagi kawasan luar bandar di negara berkenaan (Jauhri P. K, 2005).
Tenaga alternatif biomass ini juga boleh dimajukan di negara kita.  Hal ini adalah kerana, negara kita mempunyai industri kelapa sawit Malaysia yang banyak menghasilkan hampas-hampas kelapa sawit yang boleh di prosese untuk menghasilkan tenaga elektrik.  Namun demikain, sambutan terhadap tenaga alternatif bioamas ini kurang mendapat perhatian dan tidak dimajukan oleh pihak pemerintah negara.  Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap tenaga hidro untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk negara ini.

Sunday 15 April 2012

K0LOKIUM


SEK MEN KEB KAMUNTING 




                   TAJUK :ISU PEMBUANGAN BAYI .
                                           

NAMA AHLI :

HOW ENG HUA

MOHD NUR AMIRUL HAFIEZ

NORIYAH

NORLIYANA 

NORAZILA

NAMA GURU PENYELIA : MISS BOEY K.N
BAB 1
PENGENALAN
1.1)LATAR BELAKANG KAJIAN

 Isu pembuangan bayi ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.
Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masa kini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.
  
    Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.
    
    Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. 
    Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi
    
    Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. 
    
    Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.
    
    Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini  adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak.

1.2)PENYATAAN MASALAH

Masalah yang kami lalui ketika menjalankan kajian ini adalah sukar memperoleh maklumat yang tepat.Maklumat yang tepat mengenai pembuangan bayi ini sukar diperoleh kerana sumber yang digunakan untuk mencari isu ini adalah berlainan.Disebabkan itu juga segala maklumat yang tepat yang diambil perlu dipilih dengan betul dan tepat dengan isu yang dikemukakan mengikut negeri yang telah dipilih.

Masalah yang kedua adalah sukar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat peribadi mangsa mahupun ibu bapa mangsa iaitu lebih dikenali sebagai penjenayah yang melakukan kes jenayah tersebut.Semasa menjalankan kajian ini,maklumat mengenai identiti mangsa iaitu bayi yang dibuang sukar diketahui kerana hal ini perlu disiasat dengan terperinci untuk mengetahui identiti sebenar bayi tersebut.Laporan mengenai keputusan siapa ibu bapa bayi berkenaan megambil masa yang yang agak lama untuk diketahui kerana banyak tindakan yang perlu dibuat.

Masalah yang seterusnya adalah sukar untuk mengenalpasti kesahihan cerita yang disampaikan oleh pelaku.Segala cerita yang diceritakan oleh pelaku perlu dipertimbangkan sebaiknya bagi memastikan tiada sebarang pencanggahan pendapat daripada mana-mana pihak yang ada pertalian.Disebabkan itu,segala isu yang dipilih perlu dibuat sebaik-baiknya.

1.3)TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat punca terjadinya isu buang bayi yang semakinberleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja.Banyak kes buang bayi yang dikesan oleh pihak berkuasa melibatkan remaja yang bermasalah dari segi latarbelakang kehidupan mereka. Justeru, berdasarkan kajian ini lokasi diseluruh negeri di Malaysia dipilih sebagai kajian kes ini kerana negera ini merupakan Negara yang semakin pesat membangun dengan pelbagai kemajuan dan kecanggihan. Hal ini menyebabkan pelbagai unsur-unsur luar yang negatif mudah terserap masuk dalam kalangan remaja di Malaysia. Selain itu tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kadar bilangan kes pembuangan bayi yang berlaku di Negara ini.

1.4)OBJEKTIF KAJIAN
1)Mengenalpasti sejauh mana gejala pembuangan bayi memberi kesan kepada sistem sosialis
0bjektif kajian yang pertama dapat diketengahkan mengenai kes pembuangan bayi ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana gejala pembuangan bayi memberi kesan kepada sistem sosialis Malaysia.Dengan ini,kes pembuangan bayi dapat di ketahui dengan lebih jelas dan teliti.

2)Mengkaji punca-punca kejadian pembuangan bayi
Selain itu,objektif yang kedua adalah untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa tanpa sebarang kekangan dalam sistem sosial.Punca-punca yang menyebabkan gejala ini berlaku dapat dibincangkan dengan lebih terperinci dan lebih mendalam.Cara penyelesaian dapat dikaji bagi setiap punca yang menyebabkan kes ini berlaku.

3)Mengenalpasti tatalaku masyarakat dan penerimaan mereka terhadap bayi yang dibuang
Objektif yang ketiga adalah untuk mengenalpasti tatalaku masyarakat dan penerimaan mereka terhadap bayi yang dibuang terutama selepas bayi tersebut akhil baligh.Selepas berlakunya pembuangan bayi ini,sikap masyarakat atau ibu bapa kepada bayi yang dibuang itu sendiri dapat diketahui dengan lebih lanjut.

4)Mengkaji langkah-langkah dan tindakan jangka panjang
Akhir sekali,objektif ini diambil untuk mengkaji langkah-langkah dan tindakan jangka panjang yang diambil keajaan untuk mengurangkan gejala ini secara progmatik.Kerajaan akan menjadi peranan penting dalam masalah ini kerana dengan adanya kerajaan,kes jenayah ini dapat dibanteras atau dibendung dengan segera dan sebaik-baiknya.

1.5)KEPENTINGAN KAJIAN    
Kajian yang dilakukan ini mempunyai kepentingan yang cukup tinggi kepada sosiobudaya masyarakat, agama dan negara. Seperti yang diketahui umum, kes pembuang bayi di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, kajian yang menyeluruh perlu dilakukan supaya langkah penyelesaian yang efektif dapat diperolehi.Masalah buang bayi ini mampu meruntuhkan institusi keluarga, institusi masyarakat daninstitusi negara. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji akan menyentuh berkenaan punca-punca terjadinya gejala buang bayi ini dan sekali gus memberikan langkah-langkah penyelesaian yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah ini.

 Oleh itu,hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar gejala yang dihadapi ini dan secara langsung dapat mengatasi gejala ini hingga ke akar umbi.Dalam masa yang sama,kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja yang melakukan jenayah tersebut.Kajian ini dijalankan adalah disebabkan untuk menunujukkan bahawa terseksanya bayi yang tidak bersalah tersebut apabila dibuang.
1.6)HIPOTESIS KAJIAN 
1)Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibubapa menyebabkan remaja kini terjebak dalam permasalahan seks luar nikah dan meningkatkan kes buang bayi di Malaysia.

2)Kebanyakan remaja di Malaysia terutama remaja melayu mudah terpengaruh dengan media massa yang ada.Pengaruh yang dibawa daripada budaya barat amat mempengaruhi minda remaja-remaja masa ini.

3)Pengaruh rakan sebaya juga membawa remaja kini untuk melakukan gejala ini.Mereka yang telah terlanjur berasa takut dan tanpa berfikir panjang mereka akan membuang bayi yang dilahirkan kerana terpengaruh dengan nasihat rakan sebaya.

1.7)DEFINISI OPERATIONAL

   
     Mengikut kajian, jenayah pembuangan bayi terjadi akibat daripada amalan seks bebas sebelum berkahwin, terlanjur dalam hubungan cinta dan institusi keluarga yang bermasalah. Mereka yang terlibat terpaksa membuang bayi akibat terdesak, malu, takut, dan kesan yang bakal mereka tanggung.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan' anak kecil yang baharu dilahirkan.

BAB 2
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
2.1)PENGENALAN

Pelbagai pihak cuba mencari punca berlakunya gejala buang bayi ini dalam kalangan remaja masa kini. Remaja yang tegar melakukan kesalahan buang bayi ini kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang bermasalah dari segi salah laku dan moral. Pelbagai teori juga yang diperdebatkan oleh ahli-ahli penyelidik terutamanya ahli psikologi tentang unsur-unsur yang memperlihatkan banyak sebab penyimpangan tingkah laku remaja.Kehidupan remaja banyak terpengaruh oleh unsur-unsur yaang terdapat dalam masyarakat.

Unsur-unsur tradisi seperti keluarga, rakan sebaya, dan sekolahmemainkan peranan besar dalam perkembangan remaja menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat (Ibrahim Mamat, 1997: 31). Menurut Ibrahim Mamat (1997: 36) lagi,daripada kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar, terdapat hubungan kait secara langsung antara kemunculan salah laku remaja dengan unsur-unsur baru yang dibawa masuk dari luar seperti perkembangan sains dan teknologi, urbanisasi, kemewahan dan media massa.Fornas (1995) menyatakan bahawa kajian tentang remaja telah bermula sejak1904 oleh Stanley  Hall’s On Adolescene. Banyak kajian telah dijalankan tentang budaya di kalangan remaja dari pelbagai aspek.

Kazuto Kojima (1986) dalam tulisannya Youth and Television in Contemporary Japan – Analytical Framework, Background and Characteristic  pula menyatakan bahawa hubungan antara remaja dan televisyen adalahsatu subjek yang penting dalam kajian masyarakat kotemporari. Remaja merupakan satu fasa perkembangan fizikal dan psikologi yang berlaku kepada semua manusia dalam rentetan kehidupan.Remaja juga merupakan satu kategori sosial, yang diperlihatkan dengan institutsi social tertentu bermula dengan zaman kanak-kanak dan berakhir apabila tubuh badan telah berhenti perkembangannya (Fornas, 1995). Ketika peringkat inilah perasaan ingin mencuba dan ingin merasa sesuatu datang membuak-buak. Antaranya ialah meniru dan mencuba apa yang ditayangkan di televisyen terutamanya perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan. Perasaan ini tidak salah, namun remaja perlu bijak menapis perkara yang ditiru, sama ada mendatangkan kesan yang positif atau negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja.

Sebald (1997) menyatakan bahawa media massa moden mempunyai kuasa mensosialisasi golongan muda. Antara media massa ini, televisyen mempunyai pengaruh yang paling besar. Kajian longitudinal terhadap remaja (Gebner et. al., 1980;Morgan, 1987; Morgan et. al., 1990) menunjukkan bahawa televisyen mempunyai pengaruh bebas terhadap sikap bergantung kepada masa menonton (Gerbner, 1998).Hasil kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kesan media bukanlah kecil dalam kehidupan seharian. Rentetan itu, banyak aksi-aksi porno yang mengghairahkan telah diikuti oleh para remaja masa kini setelah menonton televisyen.

Manual Latihan Fasilitator Prostar 
(2001) melaporkan 4.6% daripada seramai1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18tahun telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS padatahun 1996 yang membabitkan 4,347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula mendapati 6% daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Angka ini pastinya telah berganda pada tahun 2006 dan pastinya terus meningkat sekiranya tidak dibendung secara bersama dari sekarang. Penjelasan kepada keadaan ini antara lain ialah pendedahan media asing yang berleluasa kepada remaja. Kekangan ilmu agama dan amalan menjadi pengaruh ini lebih kuat daripada yang dijangkakan dan menjadikan agama,budaya tradisi dan norma yang disanjung kian dilupakan.Sikap-sikap negatif seperti salah laku,rogol,buli,serangan,pelacuran remaja dan peras ugut adalah salah sikap yang dipelajari daripada televisyen.

Faizah Abdul Rahim(1996/1997) menerusi kajian beliau Pembuangan Bayi Di Kalangan Masyarakat Kini, Perbandingan Dengan Zaman Jahiliah.Pembuangan bayi dalam masyarakat kini mempunyai perbezaan dengan Zaman Jahiliah. Zaman Jahiliah merupakan zaman di mana manusia masih jahil dan tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Mereka membuang bayi perempuan pada zaman Jahiliah kerana mengganggap bayi perempuan menyusahkan dan membawa malang kepada keluarga. Disebabkan persepsi negatif ini maka masyarakat Jahiliyah membuang bayi mereka. Pembuangan bayi ini menjadi sebagai amalan kehidupan mereka. Walaubagaimanapun,  masyarakat zaman sekarang membuang bayi mereka kerana telah melakukan kesalahan dengan mengandung sebelum tiba waktu yang sepatutnya.

2.2)KESIMPULAN
Walaubagaimanapun,setiap bayi yang lahir mempunyai hak untuk hidup.Di samping itu, hak untuk menetukan masa depan bayi-bayi tersebut adalah sangat penting.Tindakan awal perlu diambil agar bayi-bayi tersebut dapat diselamatkan daripada dibuang oleh ibu bapa mereka.Cabaran menangani gejala sosial ini perlu dipandang serius dan dijadikan satu pengajaran kepada masyarakat.Oleh itu,pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan gejala ini.


BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1Pengenalan
Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang dijalankan dalam kajian ini.Penganalisaan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Antara aspek yangdiberi penekanan dalam bab ini adalah rekabentuk kajian, populasi kajian, sampelkajian, soalselidik kajain, kajian rintis, prosedur kajian dan kaedah menganalisis data
.1 Pengenalan
Dalam sesuatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yangpenting bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dankebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, pendekatan cara persampelan dan penganalisisan datayang digunakan perlu dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan objektif kajian yang telahdigariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajianyang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan bolehmenyebabkan beban maklumat (Mohd Majid dalam Maarof, 1997).Bahagian ini akan menerangkan kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakanuntuk mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai objektif kajian. Penerangan adalahmeliputi aspek reka bentuk kajian, kaedah persampelan, ujian kebolehpercayaan, kaedahpengumpulan data dan kaedah penganalisisan data yang digunakan
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuaian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan dalam kajian.Bab ini juga akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini.  Ianya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumentasi, kajian rintis dan analisis data.

3.2)SKOP KAJIAN
n  Lokasi kajian,fokus kajian & peringkat umur.
n  Lokasi kajian: semua negeri dalam  Malaysia.
n  Segala kes kejadian pembuangan bayi dicatat .
n  bahan/sumber maklumat untuk dikaji & dirujuk 

3.3)FOKUS KAJIAN
n  *Kes pembuangan bayi
n  *Bayi(yang baru dilahirkan)& dibuang
n  *Jantina                                          
n  -Tahun,jantina(lelaki&perempuan),dan bilangan pembuangan bayi mengikut negeri.

3.4)ALAT KAJIAN
n  1) Buku           
    2) Majalah          
    3)Internet
n  Sebab-sebab memilih 3 alat diatas
 a)menjimatkan kos                                         
 b)menjimatkan masa
 c)mudah untuk mendapatkan data d)maklumat/data lebih jelas @ tepat
n  Buku@Majalah
n  - rujukan,catatan dan perbandingan antara data/maklumat yang sedia ada
    contoh:-
    a) statistik jumlah pembuangan bayi,
    b) punca dan kesan pembuangan bayi.
    c) cara untuk mengatasi masalah pembuangan  bayi
    d) Bilangan kes pembuangan bayi mengikut jantina&negeri
n    Sumber:buku@majalah
n  a)pendidikan moral:buku teks tingkatan5,1999
n  b)masalah sosial:k.Lumpur:dinie publishers:arumugam
n  c)pembuangan bayi:penerbit:mat aziz bin ahamad.2002
n  d)masalah sosial belia Bandar:k.lumpur:akim buntat.1993
n  Internet  
 -Maklumat/data tepat & meluas
 -mudah/cepat mendapat maklumat
-Sumber boleh dipercayai
 -Rujukan,catatan&perbandingan
n  Sumber :
  a)www.zappafly.com/kesan+buday+Malaysia
   b)www.scrid.com/isu pembuangan bayi c)www.wikipedia.org.pembuangan    bayi/Malaysia
   d)www.lam seri blogspot.com
   e)www.Jabatan Pendaftaran Negara.com

BAB 4
PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1)PENGENALAN

Analisis pada tahun 2004 hingga 2010

Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu.Ia menunjukkan trend peningkatan   walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurunkepada 65 kespada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagitahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kesbuang bayi dilaporkan di akhbar-akhbaru tama Malaysia.
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kesitu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan data dikumpulkan JKM daritahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi  dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) danbakinya di tempatsepertisemak, masjid, sungai, tepijalandan hospital.
Walaupun kini AktaKanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanyas ekali, kesbuang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kesdanNegeri Sembilan 30 kes. 
4.1 DATA
Statistik Kes Pembuangan Bayi Tahun 2004-2010

Bil
Tahun
Jumlah
1
2004
78
2
2005
67
3
2006
83
4
2007
76
5
2008
102
6
2009
79
7
2010
91
Jumlah
576
Sumber: PDRM
Berdasarkan statistik 2004-2010 terdapat 576 orang bayi telah dibuang di seluruh negara. Di mana kes tertinggi dicatatkan ialah pada tahun 2008 iaitu 102 orang. Jumlah bagi tahun ialah 2004 (78) orang, 2005 (67), 2006 (83), 2007 (76), 2008 (102) dan 2010 (91) orang. Purata bagi 7 tahun kes pembuangan bayi ialah 82 orang.






BAB5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1)IMPLIKASI
Apabila ramai remja yang membuang bayi,terdapat banyak implikasi.Antaranya ialah kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaandan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah inipastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkananak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkananak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospitalatau pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalahemosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salahdari segi undang-undang, agama, dan negara.
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhaninstitusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal inidisebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkahlakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke mukamereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yangpastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkanmasalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remajayang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkansesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terusmenyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan  hidup.
Implikasi  yang seterusnya adalah kepada  masyarakat. Kes pembuangan bayi yangberlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa maludan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkandalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkandiri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa inibertepatan sekali dengan situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasildaripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkanpersepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendungkes-kes seperti daripada berlaku.
 Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besarkepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnyakepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yangpastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negarasukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi,perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan dirumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanyaditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Padamasa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai,rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkaraseperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan darisegi kewangan

5.2)CADANGAN

Kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan beberapa cara iaitu:
1.   
   Kesedaran individu itu sendiri.
Ø  Individu yang terlibat ialah mereka yang terbabit dalam masalah khususnya kes pembuangan bayi,iaitu remaja.mereka seharusnya mempunyai kesedaran dan usaha untuk memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah bercanggah dengan kemurnian agamadan juga salah di sisi undang-undang.pergaulan bebas tnpa batasan membawa kepada penzinaan dan lahir anak luar nikah menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku dalamkalangan remaja.Hal ini jauh daripada kemurnian agama.selain itu.
2.      Peranan institusi kekeluargaan
Ø  Peranan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak dari segi sahsia mereka.Ibu bapa merupakan insan yang yang mempunyai hubungan darah yangdengan anak-anak.Anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu.seharusnya ibu bapa menjadi insan yang paling rapat dengan anak-anak,terutamaremaja di samping mengambil tahu pergerakan mereka setiap masa.contohnya dengan siapa mereka keluar,ke mana mereka keluar dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.Sifat ibu bapayang terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mengundang parah. sifat ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dengan mengejar kebendaan dan kemajuan,sememangnya melalaikan tangungjawab ibu bapa untuk mendidik sahsia anak-anak dan terutama sekali memberi kasih sayang yang diperlukan olehanak-anak.Ibu bapa seharusnya sedar,bahawa sesibuk mana pun mereka,tanggungjawabterhadap anak-anak dan keluarga seharusnya tetap di jalankan ataupun dilunaskan. Oleh itu ibu bapa mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah dan corak kehidupan anak-anak mereka.
3.      Tindakan wajar yang harus dilakukan oleh Pihak Kerajaan.
Ø  Pihak kerajaan juga harus mengambil peranan untuk membantu pihak dakwah mencegah kes prmbuangan bayi.Kerajaan merupakan pihak yang berhak menggubal undang-undang atau akta terhadap sesuatu permasalahan atauisu yang melanda.pihak kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang lebih serius dan berkesan untuk membanteras punca-punca masalah sosial yang berlaku terutama sekalimasalah pembuangan bayi dalam kalanganremaja. Pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, pusat karaoke, pusat pelacuran, arak, rumah urut, pusat judi dan lain-lain.Ini merupakan punca-punca masalah sosial yang membawa pada pergaulan bebas, zina dan kelahiran anak luar nikah.Hiburan,konsert dan filem-filem yang kini menguasai saluran-saluran televisyendan radio,kebanyakannya menyebarkan budaya berbaur lucah adalah salah satu punca yangmenyebabkan masalah sosial dalam kalangan remaja.Oleh itu,pihak kerajaan harus memainkan peranan bagi mengawal masalah ini daripada terus berleluasa.


4.      Penyediaan Pusat Keunseling.
Ø  Penyedian pusat keunseling khususnya kepada golongan remaja yang bermasalah merupakan salah satu cara yang boleh mengurangkan permasalahan sosial yang berlaku.Tidak dinafikan bahawa usaha ini telah ada,namun perlu dilipat gandakan lagi kewujudan dan sokongan dari semua pihak agar kejayaannya lebih berkesan.Maka dengan itu, remaja hendaklah sedar akan risiko dan masalah yang akan di hadapiapabila terjerumus dalam gejala sosial.

 5.3)KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa yang patut menunding jari kepada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

Selain itu,, pentingnya  bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja, mereka patut membantu golongan remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan negatif. Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli kepada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah.

Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat juga perlu bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.

Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu-padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan kes pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini. Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar untuk diubati, secara tidak langsung akan mencemarkan nama negara di mata dunia. Tambahan pula, akan menggaggu pembangunan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerana golongan remaja dan muda-mudi yang akan menentukan arah dan merialisasikan misi tersebut kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa akan datang